comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pilihan Raya Umum Indonesia 2024: Warga Indonesia banjiri WTCKL sejak awal pagi

 

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Proses undi awal bagi Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula jam 8 pagi hingga 6 petang ini.

Menerusi pemerhatian Buletin TV3, WTCKL mula sesak dibanjiri ribuan warga Indonesia yang layak menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 7.30 pagi.

Kira-kira 233 bilik pengundian disediakan bagi melancarkan proses pemilihan hari ini.

Dianggarkan 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di negara ini akan menunaikan tanggungjawab mereka di enam pusat pengundian.

Ia melibatkan Pusat Pengundian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) membabitkan 222,945 pemilih, Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).

Jumlah pemilih berdaftar di Malaysia adalah kira-kira 47.55 peratus daripada keseluruhan 1.75 juta pengundi dalam daftar pemilih luar negeri di seluruh dunia bagi Pemilu kali ini.

Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pemilu 2024 pada 14 Februari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini