KUALA LUMPUR: Pemilik kereta mewah yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran lain seperti tular di media sosial, baru-baru ini akan dipanggil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sumber memaklumkan tindakan itu bertujuan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Pihak JPJ sudah mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.
Sementara itu, isteri kepada lelaki yang didakwa pemilik kenderaan mewah itu telah berkongsi video suaminya berada di hospital.
Malah, pelakon itu turut menulis kapsyen suaminya dipukul dengan ”Geng Honda”‘.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan kenyataan itu.