Tumpuan :
Nasional

Pemilihan Hakim Besar Malaya baharu kini di tangan SPK

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan Hakim Besar Malaya kini berada dalam tindakan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan SPK menjalankan fungsi dan tatacara pelantikan itu berdasarkan peruntukan undang-undang.

“Tatacara pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya hendaklah mengikut Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Ia juga mengikut Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Proses Pemilihan dan Keadah Pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan) 2009 [P.U. (A) 209/2009],” katanya melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau menyatakan jawapan itu bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bila kerajaan akan melantik Hakim Besar Malaya yang baharu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini