comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Pemilihan finalis sukar, artis harus ingat AJL satu pertandingan – Edry Abdul Halim

Edry Abdul Halim

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

SHAH ALAM: Keputusan bagi memilih sepuluh finalis yang layak Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) bukan satu perkara yang mudah.

Ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39), Edry Abdul Halim memberitahu, keputusan yang dibuat malam tadi bukan hanya bergantung kepada kualiti lagu, namun turut melihat persembahan dan sifat berdaya saing yang kuat turut menjadi faktor pemilihan juri-juri.

“Saya kagum dgn artis-artis ini, walaupun di peringkat separuh akhir tetapi mereka beri kesungguhan untuk berikan satu impak.

“Malah, ada lagu yang tak masuk dalam senarai 10, tapi atas dasar persembahan mereka pada malam ini, lagu itu menonjol dan layak masuk ke dalam top 10, itu saya puji.

“Jadi jangan sangkakan separuh akhir ini, kita showcase sahaja, it is still a competition.

“AJL dalam tak sedar dah hampir 40 tahun, ia masih satu pertandingan yang ulung. Jadi jangan lupa, ia pertandingan lagu dan nyanyian, sepatutnya sifat bertanding itu kena ada.”

Mengulas lanjut mengenai pemilihan, walaupun katanya setiap juri mempunyai penilaian peribadi, namun kesemua pemilihan bersifat profesional.

“Penilaian dari sudut lagu, penerbitan dan vokal itu merupakan satu sistem permakahan yang tidak boleh dinafikan. Jadi kita tidak mahu ada pilih kasih atau ‘favoritism’ utamakan certain artis.

“Mereka ini layak kerana mereka benar-benar layak dengan lagu dan persembahan yang berkualiti.

“Saya sebagai abang senior kalau boleh nak kesemua 30 lagu bertanding di AJL. Semestinya kita nak beri peluang kepada semua genre dan artis untuk bernafas dengan kerana kepelbagaian muzik moden Malaysia ini. Tapi kami diamanahkan pilih 10 lagu sahaja, dan saya gembira dengan keputusan kerana ada kepelbagaian itu dalam 10 lagu yang layak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini