Tumpuan :
Nasional

Pemeriksaan EV: PUSPAKOM sedang berbincang dengan JPJ

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sedang berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai pemeriksaan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Ia bagi memastikan komponen penting EV seperti bateri adalah selamat untuk pengguna jalan raya.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman berkata buat masa ini tiada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diiktiraf di peringkat global kecuali China yang dijangka melaksanakannya Mac depan.

“Kita akan laksanakan ini apabila JPJ memberi arahan kepada kita. Setakat ini berserah kepada JPJ, buat masa ini belum ada bilangan yang banyak dalam 20,000 EV, tetapi dalam masa terdekat ini mesti adakan pemeriksaan EV,” katanya kepada Buletin TV3.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman

Pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti JPJ bagi memastikan pelaksanaan pemeriksaan EV menepati standard keselamatan yang ditetapkan antarabangsa.

Beliau ditemui Buletin TV3 selepas menjadi tetamu Podcast Harian Metro: Apa-Apa Saja di Balai Berita Bangsar, hari ini.

Kehadirannya turut disambut Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen, Azhari Muhidin.

Podcast Harian Metro akan disiarkan Ahad ini jam 10 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini