comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemergian yang dirindui, sahabat kongsi rasa sebak imamkan jenazah Raymond

KUALA LUMPUR: Sahabat yang mengislamkan Raymond Goh iaitu Ustaz Fauzi Mat Rani berkongsi rasa sebaknya kerana berkesempatan mengimamkan jenazah rakannya itu di Masjid At-Taqwa (TTDI), di ibu negara, petang tadi.

Beliau yang di temui Buletin TV3 berkata, sebaik mengetahui pemergian sahabatnya itu kira-kira jam dua petang, dia terus tiba dari tempat tinggalnya di Rawang bagi mengiringi perjalanan akhir Allahyarham.

Artikel berkaitan: Keluarga, kenalan rapat iringi perjalanan akhir Raymond

“Allhamdullilah semuanya sudah selamat, kebetulan imam masjid tempat arwah sahabat saya ini dimandikan dan dikafankan juga seorang kenalan, jadi saya berkesempatan mengimamkan allahyarham. Rasa penat tadi terus sahaja hilang, hanya rasa sebak sungguh, ” katanya.

Ustaz Fauzi merupakan individu yang bertanggungjawab mengislamkan Allahyarham pada 31 Mac 2003 dan Allahyarham memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah.

@buletintv3

Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian pembaca berita Nightline TV3, Allahyarham Muhammad Zaman Goh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Raymond Goh. Beliau yang meninggal dunia pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital pada 30 Ogos lalu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur petang tadi. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #raymondgoh #nightlinetv3

♬ Alfatihah – Mashary Rashid Al-Afassy

Dalam pada itu, balu Allahyarham, Faridah Teh ketika ditemui selepas pengebumian suaminya memohon maaf kepada rakan media kerana tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil,” katanya.

Faridah yang berpakaian serba putih dan mengenakan pelitup muka kelihatan sugul dengan ditemani anggota keluarganya.

Bagaimanapun, Faridah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media yang hadir pada majlis pengebumian arwah suaminya itu.

“Saya hargai kehadiran anda semua. Sebarang maklumat boleh hubungi penerbit berita slot Nightline,” katanya lagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Bagi penerbit Nightline, Amelia Nadia Azaharul Nahar, dia memberitahu Allahyarham pergi ke hospital bersendirian, selepas mengalami kebas pada bahagian kanan badannya.

“Ketika itu, arwah sedang minum bersama rakan-rakan, secara tiba-tiba terasa kebas pada bahagian sebelah kanan badan dan terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Selepas menjalani rawatan imbasan CT, doktor memaklumkan keadaannya agak kritikal sebelum ditidurkan,” ujarnya.

Amelia turut menyifatkan Allahyarham seorang insan yang cukup disenangi ramai termasuk rakan sekerja yang lain.

Artikel berkaitan: Allahyarham seorang yang sangat baik – rakan Raymond Goh

Loading...
Terkini