Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa & Siti Khadijah Jaafar
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin disifatkan sebagai kehilangan besar buat negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Tun Daim merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
“Beliau seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
“Perjuangan beliau tidak boleh diambil mudah begitu saja kerana banyak sangat jasa telah ditumpahkan untuk negara,” katanya selepas hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Daim di Bukit Tunku, sebentar tadi.
Hamzah turut menyampaikan ucapan takziah mewakili pihak pembangkang kepada keluarga Allahyarham.
“Beliau dikenang sampai bila-bila sebagai seorang pejuang bangsa,” ujarnya
Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi kesedihan dengan pemergian Allahyarham.
“Saya kehilangan seorang mentor. Beliau banyak bimbing saya dan banyak terhutang budi dengan beliau. Beliau sentiasa ada jatuh bangun saya sepanjang karier politik saya,” katanya.
Turut kelihatan memberi penghormatan terakhir adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim, 86, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.21 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tun Daim Zainuddin meninggal dunia
- Hospital Assunta jadi tumpuan susulan kematian Tun Daim
- [VIDEO] Jenazah Tun Daim dibawa ke kediaman
- Tun Daim meninggal dunia
- Tun Daim meninggal: Menteri, Ahli Parlimen rakam takziah
- Kerajaan rakam takziah atas pemergian Tun Daim – Fahmi
- ‘Saya hilang sahabat seperjuangan’ – Tun Mahathir
- Belasungkawa: Tun Daim akan dikenang sebagai bekas ahli korporat, pemimpin tersohor negara
- Tun Daim meninggal dunia: Keluarga, kenalan beri penghormatan terakhir