PETALING JAYA: Pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub satu kehilangan besar kepada negara, menurut PAS.
PAS turut menyifatkan walaupun berbeza perjuangan, namun jasa serta sumbangan Allahyarham dalam PAS sebelum ini sentiasa dikenang.
Artikel berkaitan: Jenazah Salahuddin akan dihantar pulang ke rumah ibunya
“Pemergian ini pastinya menjadi satu kehilangan besar buat negara.
Meskipun berbeza wadah perjuangan, jasa serta sumbangan beliau dalam PAS akan sentiasa dikenang,” kata PAS Pusat dalam hantaran di Twitter.
Turut didoakan kesejahteraan dan keampunan kepada Allahyarham.
Salahuddin pernah menjadi Naib Presiden PAS sebelum beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Artikel berkaitan: Berehatlah, sahabatku – PM
Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Salahuddin.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya yang juga Menteri Besar Kedah.