comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemenang pertama Anugerah Kajai, Rosnah Abd Majid meninggal dunia

Allahyarham Datuk Rosnah Abd Majid -FOTO IHSAN DNex

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan bekas ahli politik, Datuk Rosnah Abd Majid, 71, meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, hari ini.

Pemergian Rosnah yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi tadi, disahkan oleh kakaknya, Mariam, ketika dihubungi Bernama.

“Allahyarham memang diketahui mempunyai penyakit berkaitan buah pinggang dan pernah membuat pembedahan pemindahan buah pinggang di China pada 2001.

“Jenazah masih di Pulau Pinang dan akan dikebumikan di Kuala Lumpur,” katanya.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbuk, Kedah, adalah lepasan Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ekonomi.

Rosnah pernah bertugas di syarikat akhbar Utusan Malaysia selama 20 tahun sejak 1977, selain merupakan pemenang pertama Anugerah Kajai pada 1984.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai selepas menewaskan calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Jawatankuasa Perhubungan Wanita UMNO Kedah bagi penggal 2000/2003, dan dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden (FKBM), Universiti Utara Malaysia (UUM), selama setahun pada 2007. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini