![](https://media.buletintv3.my/2025/02/FAHMI-FADZIL.jpg)
Oleh: Hilmi Abdul Malik
PUTRAJAYA: Cadangan mewujudkan portfolio Menteri Hal Ehwal Bukan Islam bukan perkara yang diusulkan dari DAP.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, gesaan itu juga bukan pendirian utama dalam parti terbabit.
“Hal ini tidak pernah berbangkit dan tidak pernah dibincangkan malah parti beliau sendiri (DAP) bukan pendirian parti dan itu adalah pendirian beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen,” katanya ketika sidang media pasca mesyuarat kabinet hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) sudah memadai dan cadangan tersebut dianggap tiada keperluan.
“Menteri Perpaduan memang ada mekanisme Jawatankuasa Harmoni yang mengumpulkan wakil daripada pelbagai agama di Malaysia untuk bincangkan isu-isu berkait dengan perpaduan. Jadi saya rasa cadangan beliau tidak berbangkit dan tidak ada keperluan,” jelasnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan itu sebagai suara peribadi dan bukan sesuatu perkara yang mendapat persetujuan kerajaan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mencadangkan agar kerajaan menubuhkan portfolio berkenaan dengan melantik seorang Menteri bagi Hal Ehwal Agama Bukan Islam di peringkat Persekutuan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.