Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemburu ‘telur emas’ jana RM2,000 seminggu

 

Oleh: Zainur Khairul Zainurin

KUALA LUMPUR: Dahulunya dibela dalam akuarium dan dijadikan ikan hiasan, namun kini dilepaskan ke sungai kerana saiznya yang mudah membesar selain jangka hayat yang lama.

Itulah ikan bandaraya yang dahulunya dikira tiada nilai, namun siapa sangka sebenarnya ia mempunyai nilai yang tinggi.

Mahal ikan bandaraya ini terletak pada telurnya yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Telur ikan bandaraya atau ‘telur emas’ mempunyai nilai komersial kerana permintaan yang tinggi daripada pemancing.

Telur ikan berkenaan terkenal dalam kalangan kaki pancing untuk dijadikan umpan memancing.

Mohamad Tabin Syakir Mesman

Pencipta kandungan, Mohamad Tabin Mohd Nur Badri Mat Sidik berkata, telur ikan bandaraya ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pemancing.

“Permintaan sangat tinggi dikalangan pemancing, sehinggakan saya terpaksa menolak berikutan tidak mempunyai cukup masa untuk menangkap ikan berkenaan.

“Sekiranya dijadikan punca pendapatan, jualan telur emas ini boleh mencecah sehingga RM2,000 seminggu,” katanya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Keenakan ikan bandaraya celup tepung

Mohd Nur Badri Mat Sidik

Mohd Nur Badri pula berkata, dia menjual harga telur berkenaan pada harga RM40 sekilogram.

Sementara itu rakan kepada Mohd Nur Badri, Mohamad Tabin Syakir Mesman yang juga pencipta kandungan berkata, ikan bandaraya ini salah satu ikan purba yang boleh hidup sepanjang zaman.

“Ikan bandaraya banyak boleh didapati di sungai berikutan kurang pemangsa yang boleh memakannya.

“Saiz ikan bandaraya yang didapati dalam sungai ini kebanyakannya saiz sudah melebihi saiz maksimum dan mencecah sehingga 2 kilogram.

“Dan ikan bandaraya ni mempunyai nilai komersial dan menjadi buruan si kaki pancing untuk dijadikan umpan untuk memancing,” katanya.

Tambah Mohamad Tabin, ikan bandaraya yang telah memenuhi kebanyakan sungai di Kuala Lumpur memberi cabaran kepada pemancing kerana sukar untuk dapat jenis ikan yang lain dan dikhuatiri akan membahayakan ekosistem sungai.

“Ikan bandaraya yang banyak di sungai dikhuatiri akan merosakkan ekosistem sungai kerana ikan ini memiliki daya survival yang tinggi dan mampu hidup dalam air kotor dengan memakan hidupan yang ada di dasar sungai sekali gus menjadikannya spesies yang dilarang dibuang ke dalam perairan umum,” katanya.

Loading...
Terkini