Tumpuan :
Nasional

Pembukaan Semula Laluan Feri Kuala Perlis – Langkawi

Laluan feri masuk ke Langkawi melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis akan dibuka bermula 27 Februari ini.

Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, pembukaan berkenaan adalah bagi memenuhi permintaan semasa dengan satu trip disediakan.

Ujar beliau, bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah akan ditambah lagi satu trip perjalanan menjadikan dua trip perjalanan sehari.

Beliau juga berharap aktiviti rentas negeri dibenarkan semula agar lebih banyak trip perjalanan dapat dibuka.

Untuk rekod, perjalanan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis adalah 10 trip sehari manakala kemasukan melalui Terminal Penumpang Kuala Kedah adalah lapan trip sehari.

Penambahan trip perjalanan diharap dapat membantu industri pelancongan Langkawi yang kian sunyi ketika ini dan membuka kembali peluang pekerjaan sektor pelancongan, peruncitan dan perhotelan di Langkawi.

Rakyat perlu belajar hidup dengan normal baru dan patuhi SOP.

Loading...
Terkini