KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menaikkan kadar pemberian geran khas kepada Sarawak mengikut peruntukan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan daripada 16 juta kepada 300 juta setahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditandatangani pemimpin terdahulu memutuskan perlu ada peruntukkan khas untuk kedua negeri berkenaan.
Bagaimanapun jumlah itu tidak berubah dan kedua negeri terbabit hanya diberi peruntukkan sebanyak RM16 juta.
Katanya, setelah sekian lama, jumlah terbabit adalah tidak munasabah untuk dikekalkan melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan serta senario semasa ekonomi negara
“Peringkat awal ini kita beri dari RM16 juta itu naik sekitar RM300 juta sebagai satu sumbangan tetapi ini tertakluk kepada formula tetap,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching.
Jelas Datuk Seri Anwar, Geran Khas yang diberikan kepada Sabah juga akan turut dinaikan kepada RM260 juta dan ia juga akan mengadaptasi formula sama dengan pemberian geran khas kepada Sarawak.
Formula berkenaan katanya akan membolehkan penilaian dilakukan terhadap jumlah peruntukan dalam geran terbabit kepada kedua-dua negeri itu, sekaligus mengelakkan sabah dan Sarawak terikat dengan jumlah yang ditetapkan.