comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pembaziran RM812 juta urus pembangunan Putrajaya

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Sejumlah RM812.91 juta pembaziran dikesan dalam pengurusan pembangunan Putrajaya setakat 31 Disember 2021.

Perkara itu didedah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata pembaziran itu membabitkan penangguhan projek monorel di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berjumlah RM797.18 juta, termasuk penyenggaraan terowong pengangkutan awam itu bernilai RM2.16 juta.

Beliau berkata, tahap penawaran perkhidmatan bas adalah rendah, manakala depoh bas di Presint 14 bernilai RM12.21 juta tidak digunakan.

Katanya, penggunaan infrastruktur ‘Park & Ride’ tidak mengikut tujuan asal bernilai RM1.36 juta.

Katanya, dapatan audit mendapati tiga daripada enam mod pengangkutan yang disasarkan belum digunakan iaitu tream dan pengangkutan air.

“Infrastruktur bagi empat daripada enam mod pengangkutan siap dibangunkan, namun hanya tiga mod pengangkutan digunakan sepenuhnya.

“Pembangunan infrastruktur monorel belum siap sepenuhnya manakala infrastruktur bagi mod pengangkutan trem belum dibangunkan.

“Penangguhan projek monorel menyebabkan sistem pengangkutan bersepadu belum tercapai dan menjadi pembaziran sekiranya infrastruktur dibangunkan tidak dimanfaatkan,” katanya dalam sidang media LKAN itu di sini, hari ini.- Berita Harian

Loading...
Terkini