comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah, 5 April ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima mulai 5 April ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata RM1.26 bilion diperuntukkan untuk agihan menerusi Fasa 2 STR.

Pengumuman itu dibuat Anwar pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, setakat 28 Mac lalu, terdapat tambahan 574,886 permohonan baharu diterima bagi inisiatif STR.

Pembayaran fasa pertama STR sudah dilaksanakan pada 17 Januari lalu membabitkan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion.

Manakala pembayaran fasa ketiga  pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober depan.

Loading...
Terkini