Tumpuan :
Nasional

Pembantu Menteri Sumber Manusia ditahan SPRM – sumber

PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), demikian kata sumber.

Menurut laporan FMT, pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar, ditahan bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, penahanan mereka berkaitan siasatan membabitkan pengambilan pekerja asing.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan kepada The Vibes mengenai penahanan seorang pembantu kepada menteri berkenaan.

Loading...
Terkini