KUALA LUMPUR: Kerana memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya, seorang wanita ditegur dah diarahkan beredar dari kawasan Parlimen.
Difahamkan wanita berkenaan adalah pembantu Ahli Parlimen dari Sarawak yang kali pertama hadir ke Parlimen.
Wanita itu ditegur kerana kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika ditetapkan.
Beliau ditegur seorang lelaki yang berjawatan dipercayai Ketua Keselamatan Parlimen sambil meminta wanita itu keluar dari bangunan Parlimen kerana mengenakan pakaian tidak sepatutnya.
Wanita itu diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam bangunan Parlimen dengan menukar skirt dipakainya.
Jelas pegawai Parlimen berkenaan, skirt wanita berkenaan bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.-BERITA HARIAN