Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pembangunan sekolah daif menjadi antara aspirasi penting KPM

 

 

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yakin pembangunan sekolah daif di seluruh negara yang menjadi antara aspirasi Kementerian Pendidikan (KPM) menjadi mudah dengan komiten disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 400 buah sekolah katanya diletakkan dalam kategori daif dengan majoritinya bertempat di negeri Sabah dan Sarawak.

“Kita sememangnya sudah ada senarai melibatkan sekolah di setiap negeri secara terperinci. Sebelum ini berlaku kelewatan pembangunan projek kerana melibatkan isu tenaga kerja.”

“Kenyataan dari Perdana Menteri bahawa keutamaan dalam Belanjawan 2023 diyakini mampu menyegerakan usaha menyelesaikan masalah sekolah daif, sekaligus meningkatkan mutu pendidikan negara.”

Pembangunan ini katanya akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada kelulusan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.

“Kita akan lihat pembangunan itu berlangsung ikut masanya. Yang penting pembangunan ini akan menyentuh soal keselamatan murid dan akses pendidikan yang berkualiti.”

Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Wakil Sekolah Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat Peringkat Kebangsaan di sini, malam tadi.

Datuk Seri Anwar terdahulu memaklumkan telah mengarahkan Menteri Pendidikan menyenaraikan sekolah daif untuk dibaiki tanpa mengira jenis sekolah, daerah dan siapa pelajarnya.

Loading...
Terkini