comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemasangan kanvas di lokasi tanah runtuh di Bukit Tunku akan disiapkan hari ini

 

 

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pemasangan kanvas di lokasi tanah runtuh berhampiran Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Bukit Tunku, Jalan Duta, ibu negara akan diselesaikan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kanvas terbabit telah mula dipasang sejak petang semalam.

“Kita dapati dari semalam hingga hari ini tiada sebarang pergerakan tanah atau hakisan lagi tiasa tanah runtuh dan Pagi ini juga akan disambung pemasangan kanvas dan pada hari keesokannya akan dipasang cerucuk besi.”

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian pagi tadi.

Eng Lai turut memberi jaminan kedua-dua bangunan MACA dan Institut Integriti Malaysia berhampiran lokasi kejadian setakat ini selamat.

Semalam, Eng Lai berkata, Jabatan Kerja Raya akan menanam cerucuk besi di tempat kejadian tanah runtuh yang berlaku selasa lalu itu.

Katanya, cerucuk besi itu akan ditanam dalam dua fasa secara berperingkat bermula Jumaat ini.

Loading...
Terkini