JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah Allah.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, langkah itu perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi.
“Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam. Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda dalam akaun Facebook, hari ini.
Pada 13 Mac lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.
Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.
Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- IKIM gesa tindakan mengenai isu stoking tertera kalimah Allah
- KDN akan teruskan siasatan stoking kalimah Allah
- Kesal penjualan stoking tertera kalimah Allah
- Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis
- [VIDEO] Isu stoking kalimah Allah: Polis akan panggil pengurusan KK Mart, 42 laporan diterima