comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu treler maut tersepit

Pemeriksaan JBPM mendapati terdapat mangsa (pemandu lori putih) yang tersepit.

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Seorang pemandu treler maut akibat tersepit dalam kenderaannya selepas bertembung dengan sebuah lagi treler di Kilometer 62, Lebuhraya Utara Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.09 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan melibatkan dua buah lori treler, di mana lori treler putih melanggar bahagian belakang lori treler biru.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat mangsa (pemandu lori putih) yang tersepit.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kira-kira satu jam.

“Mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tamat pada jam 4.37 pagi.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini