Tumpuan :
Nasional

Pemandu tersepit, penumpang tercampak keluar BMW terbabas dekat plaza tol

Anggota bomba menyelamatkan pemandu kereta yang tersepit selepas kenderaan itu terbabas berdekatan Plaza Tol Kajang Lebuhraya Utara Selatan, hari ini. – FOTO: Ihsan Bomba

KAJANG: Seorang pemandu kereta cedera manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang Lebuhraya Utara Selatan di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan kereta jenis BMW yang dinaiki tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita, terbabas.

“Pemandu lelaki tersepit, manakala dua lagi mangsa tercampak keluar namun mereka selamat.

“Pemandu yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa empat minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sembilan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang terlibat dalam operasi menyelamat itu.

Semua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini