Tumpuan :
Nasional

Pemandu terselamat, kereta terbakar di lebuhraya SPE

Anggota bomba memeriksa kereta Mercedes Benz 450 yang musnah terbakar di Kilometer 18 di lebuhraya SPE.- Foto: JBPM

KUALA LUMPUR: Serang pemandu terselamat apabila kereta Mercedes Benz 450 yan dipandu terbakar di Kilometer 18 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dekat Plaza Tol Wangsa Maju di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 1.38 tengah hari.

Komander Operasi Nor Saiful Ibrahim berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta.
“Kebakaran berlaku di bahagian enjin dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kereta berkenaan musnah 100 peratus namun tiada mangsa terbabit.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini