comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu teksi warga Indonesia ditahan, disyaki cabul polis wanita

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi warga Indonesia ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati, di sini, kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 10.50 pagi, anggota polis berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih di sebuah gerai, sebelum seorang lelaki yang berada di belakang didakwa meraba punggungnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota yang bertugas di Balai Polis Hulu Klang itu kemudian bertanyakan sebab lelaki terbabit berbuat sedemikian.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku, sebaliknya menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit, selain memberitahu bahawa dia datang bersama isteri dan sedang bersarapan di situ.

“Susulan itu, polis menerima aduan jam 12.45 tengah hari sebelum ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

“Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Loading...
Terkini