Tumpuan :
Nasional

Pemandu selamat, kereta terbabas dan terbakar di Semporna

Oleh: Safwan Sawi

SEMPORNA: Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri selepas kereta dipandu terbabas lalu terbakar dalam kejadian di Jalan Kem Sri Wangsa, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.03.

Seramai tujuh anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari balai bomba.

“Lapor kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX telah terbakar sepenuhnya,

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula (hose reel) jentera Bomba dan sumber air didapati daripada tangki Jentera Bomba,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, pemandu selamat dan operasi ditamatkan pada jam 5.50 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini