Tumpuan :
Nasional

Pemandu peribadi ambil dadah beraya di penjara 


Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Padah mengambil dadah berulang kali, seorang pemandu peribadi terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara setelah Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan satu sebatan kerana memiliki dan mengambil bahan terlarang itu.

Tertuduh, Hairie Lutfi, 23 tahun, mengaku bersalah  di hadapan Hakim Nazliza Mohd Nazri.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 2.6 gram dan methamphetamine seberat 0. 23 gram di sebuah rumah di Kampung Gondang, Marang, Terengganu,  19 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Mahkamah memerintah hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkapan 17 April 2023.

Tertuduh turut diletakkan di bawah pengawasan  polis selama 2 tahun selepas dibebaskan.

Loading...
Terkini