Tumpuan :
Nasional

Pemandu maut, trak tunda terbabas langgar papan tanda

KLUANG: Pemandu trak tunda maut selepas trak dipandunya terbabas lalu melanggar papan tanda di kilometer (KM) 58.1, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), kira kira 3.30 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mangsa, Pele Pressly, 44, cedera di kepala dan badan, maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa seorang diri memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang papan tanda yang berada di tengah pembahagi jalan.

“Ini menyebabkan papan tanda jatuh melintang di lebuh raya menghala ke utara.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik yang hadir ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mangsa mempunyai lesen dan insurans kenderaan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini