comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu maut, nahas kereta dan lori tangki 

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki berdekatan Pekan Lama Tatau di sini.

Mangsa, Ling Lee Chuen, 53, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima pangilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.42 pagi lalu mengarahkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Tatau untuk ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dengan sebuah lori tangki dan terdapat seorang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri masih tersepit dalam kenderaan proton wira,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di ruang pemandu kenderaan terbabit menggunakan peralatan penyelamatan khas.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori tangki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini