Tumpuan :
Nasional

Pemandu maut lori rempuh belakang treler

Keadaan lori selepas merempuh belakang treler di Kilometer 132.3, Lebuhraya PLUS, pagi tadi. – FOTO: Ihsan PDRM

MUAR: Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 132.3, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, pagi tadi.

Mangsa, Thevandaran Subramaniam, 44, disahkan meninggal dunia ketika rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, manakala pemandu treler, 49, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihak menerima panggilan orang awam mengenai kemalangan itu, pada jam 7 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.

“Lori dipandu mangsa juga dari arah sama dan sebaik tiba di lokasi, kenderaan mangsa merempuh belakang treler.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah HPSF,” katanya dalam kenyataan.

Kata Raiz Mukhliz lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini