comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu maut kereta terbabas langgar pokok

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di jalan Seri Austin 1, Bandar Datuk Onn, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa yang cedera parah dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat, namun, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kementerian kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, akibat kemalangan itu, bahagian depan kereta mangsa jenis Proton X50 itu remuk teruk.

“Mangsa tidak tersepit dan anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan spinal board.

“Mangsa yang berumur 33 tahun bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan punca sebenar kemalangan masih disiasat.

Operasi membabitkan 8 anggota bomba dari Balai Tebrau  diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Noor Azhan Ahmad.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini