Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Pemandu maut, dua lori bertembung

Oleh Fazli Ahmad

MUADZAM SHAH: Seorang maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 111.3 Jalan Kuantan – Segamat dekat sini, pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, akibat kemalangan itu seorang pemandu lori tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 5:16 pagi.

“Sampai dilokasi dapati benar berlaku kemalangan membabitkan lori sarat muatan papan lapis dan lori muatan paip,”

“Akibat kemalangan itu pemandu lori membawa papan lapis berusia 37 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala pemandu sebuah kenderaan lagi hanya cedera ringan,”

“Komander operasi lapor anggota bomba mengeluarkan mayat terbabit menggunakan peralatan “rescue tool” dan mangsa diserahkan kepada polis.” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian lori muatan papan lapis terbabit dari arah Kuantan ke Segamat manakala sebuah lori lagi dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, papan lapis dan paip keluli bertaburan di atas jalan serta menghalang lalu lintas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah.

Loading...
Terkini