comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu lori sabun maut, dua lagi cedera

Oleh : Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori yang membawa muatan sabun maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen, di kilometer 29, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pusat gerakan operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, kejadian berlaku jam 8.23 pagi tadi.

Katanya, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama 7 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Pemandu lori sabun yang berumur 46 tahun cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala kelindannya yang berumur 23 tahun cedera.

Sementara itu pemandu lori simen berumur 28 juga cedera.

Kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba dan dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini