Tumpuan :
Nasional

Pemandu lori pasir cedera, kemalangan 3 kenderaan

KOTA TINGGI: Seorang pemandu lori cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan besar Sri Perani, dekat sini, pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 12.19 minit tengahari.

Sebuah jentera bersama 10 anggota dari balai bomba Kota Tinggi bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Satu, Mohd Rafi Mohd Nor.

“Sebaik tiba pasukan keluaran operasi mendapati seorang lelaki dipercayai pemandu lori cedera dan tersepit ditempat duduk pemandu. Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Pemandu sebuah lagi lori dan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kemalangan dua buah lori terbabit remuk dan terbalik di sisi jalan manakala kenderaan pacuan empat roda juga terpelanting ke tepi jalan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini