comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu lori mentega maut bertembung dengan lori balak

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori yang sarat dengan muatan mentega, maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 37, Jalan Gua Musang – Jeli.

Mangsa, Abdul Yasak Mat, 40 maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam nahas jam 11.50 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.

“Apabila tiba di lokasi kejadian yang mana keadaan jalan berselekoh, mangsa dipercayai telah memasuki laluan bertentangan menyebabkan kedua-dua lori bertembung.

“Akibat dari pertembungan itu, mangsa yang memandu lori muatan mentega tercampak keluar dan maut ditempat kejadian. Lori yang dipandu mangsa juga mengalami kerosakan teruk keseluruhan,” katanya.

Tambah Choon Foo, mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Gua Musang.

Pemandu lori balak, Subramaniam A/L Narayanasamy, 51 tersepit dalam kenderaan dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini