Tumpuan :
Nasional

Pemandu lori maut serangan jantung ketika memandu

FOTO: Ihsan Polis

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori maut selepas dipercayai mengalami serangan jantung dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Station, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku mangsa, lelaki tempatan berusia 30 tahun sedang memandu lori untuk menghantar barangan perubatan di sekitar pusat bandar Johor Bahru.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta yang sedang diparkir disebelah kanan jalan.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal dan disyaki meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Raub turut menyeru saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Mohd Zulpaka Bambo, di talian 014-8861791 atau hadir ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini