comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu lori ditahan, seleweng 4,800 liter diesel

Oleh: Aslina Abu Bakar

KLANG: Tidak sempat untuk menikmati keuntungan hasil mengisi minyak diesel dalam lori yang diubah suai seorang pemandu lori ditahan oleh anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

Tangkapan lelaki berusia 29 tahun itu dilakukan di sebuah stesen minyak dekat Persiaran Raja Muda Musa, Klang, pada jam 12:35 tengah malam tadi.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhari Mat Radey berkata, pemandu lori itu juga gagal mengemukakan dokumen dan apa-apa lesen barang kawalan minyak diesel.

Tangkapan dibuat melalui Ops Tiris yang dijalankan lapan anggota KPDN di stesen minyak sekitar daerah Klang dan Shah Alam

Ia dilakukan selepas pemeriksaan dibuat keatas sebuah motolori jenis ‘bonded’ lima tan bewarna putih itu sedang mengisi minyak .

Pemeriksaan lanjut turut menemui IBC tank yang disyaki mengandungi 4,800 liter minyak diesel bernilai lebih 10,000 ringgit, pada bahagian dalam muatan lori yang dipercayai diseleweng dari beberapa stesen minyak lain.

Kes disiasat dibawah kuasa Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pasukan telah bertindak menyita beberapa barangan termasuk minyak diesel, lori , dua unit Pam penyedut serta satu unit hos.

Kesemua barang kes yang disita beranggaran RM45,320 itu dirampas dan dihantar ke Stor Ekshibit KPDN Sri Muda untuk siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini