Tumpuan :
Nasional

Pemandu langgar mati pelajar cemerlang, dibebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof. – Foto: NSTP

KAJANG: Pemandu Perodua Alza yang merempuh lima kenderaan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang, di sini, kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap pemandu berusia 27 tahun itu didapati negatif sebarang penggunaan dadah.

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semakan ke atas rekod jenayah lampau juga mendapati pemandu terbabit tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya memetik laporan BH.

Semalam, media melaporkan, pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan, Aysar Zahran Saiful Alimin dikenal pasti sebagai mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat – Ampang dekat sini pada jam 4.45 petang kelmarin.

Allahyarham adalah penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Alza yang datang dari arah Ampang masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lima kenderaan itu, menyebabkan Aysar Zahran, 20, tercampak lalu terjatuh ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini