KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang melanggar enam kenderaan sebelum kereta yang dipandunya terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil, Sabtu lepas, ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian 10.30 pagi berhampiran bulatan lumba kuda itu, suspek yang memandu kenderaan jenis Lexus telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.
Kemalangan tidak melibatkan kecederaan.
Ujian air kencing mendapati pemandu lexus itu positif dadah jenis ganja.