Tumpuan :
Nasional

Pemandu kereta tersepit langgar belakang lori

Oleh: Kumaran Rajamoney

SLIM RIVER: Seorang lelaki parah selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 372.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.47 petang.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian mendapati mangsa tersepit serta mengalami kecederaan pada bahagian paha kaki.

Tindakan menyelamat dilakukan dengan mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan hydraulic.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini