Tumpuan :
Nasional

Pemandu, kelindan lori parah dalam kemalangan

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Pemandu dan kelindan sebuah lori treler dilaporkan cedera parah dalam satu kemalangan di kilometer 320.4, Lebuhraya PLUS Arah Utara dekat Tapah pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 6.54 pagi.

” Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Bidor yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi telah terbabas ke bahu jalan dan terbalik.

“Kedua mangsa masing-masing berusia 26 dan 28 tahun didapati tersepit dalam kenderaan itu,” menurut kenyataan itu.

Mangsa pertama dikeluarkan pada jam 8.56 pagi, manakala seorang lagi mangsa dibawa keluar jam 10.55 pagi.

Operasi menyelamat turut dibantu sebuah kren.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini