comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu jatuh bot di Empangan Chenderoh ditemui maut

FOTO: Ihsan JBPM Perak

KUALA KANGSAR: Lelaki yang dilapor hilang selepas bot dinaikinya bersama seorang rakan karam dipukul ribut di Empangan Chenderoh Jumaat lalu, ditemui maut hari ini.

Mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemui jam 8.37 pagi tadi, kira-kira 500 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bencana (PKB) operasi dan menyelamat (SAR).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa dijumpai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersama Unit Anjing Pengedan K9 JBPM sejurus operasi hari ketiga.

“Mangsa ditemui di lokasi ‘hotspot’ yang telah dikenal pasti semasa Unit K9 membuat operasi pencarian petang semalam. Tindakan membuat pusaran air menggunakan teknik ‘figure of eight loop’ menggunakan bot JBPM juga dibuat di lokasi berkenaan semalam sebagai usaha menimbulkan mangsa.

FOTO: Ihsan JBPM Perak

“Apabila operasi dimulakan hari ini, mangsa ditemui terapung di lokasi berkenaan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui satu kenyataan.

Jumaat lalu, bot dinaiki mangsa bersama seorang lagi mangsa karam dilanda ribut sewaktu memancing, namun rakannya sempat diselamatkan pemancing lain yang berada berdekatan.

Loading...
Terkini