Tumpuan :
Nasional

Pemandu ‘forklift’ ditemui maut dalam longkang

FOTO: PDRM

KLUANG: Seorang pemandu ‘forklift’ ditemui maut di dalam sebuah longkang sedalam enam meter di Jalan Berlian 2, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemeriksaan terhadap mangsa, Arifin Jujok, 40, mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa gagal mengendali jentera ‘forklift’ tersebut hingga terbabas.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca dan sebab kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Amri Shahab dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang berkata, pasukan keluaran operasi (PKO) telah bertindak membantu mengangkat mayat mangsa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Seramai lapan anggota dan dua jentera terbabit dalam operasi itu yang tamat pada jam 3.15 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini