comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu e-hailing ‘reject’ penumpang sejam sebelum nahas

 

SHAH ALAM: Tindakan Allahyarham Sharipuddin membatalkan tempahan pelanggan kira-kira sejam sebelum nahas pesawat di Elmina di sini, semalam sekali gus mengelak lebih ramai yang terkorban.

Sharipuddin Shaari, 53, yang juga salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi itu, membatalkan tempahan pelanggannya pada jam 2 petang iaitu sejam sebelum kejadian.

Artikel berkaitan: Ibu Din masih belum dimaklumkan mengenai nahas menimpa anaknya

 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

“Pemandu kereta sudah ‘reject’ (tolak) penumpang pada jam 2 petang. (Jadi) kita syak dia seorang (di dalam kereta).

“Tapi, bila buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA), baru kita tahu ada lebih (mangsa) atau tidak. Buat masa ini, kita anggap dia seorang sahaja,” katanya.

“Cuma ‘human remains’ (cebisan badan manusia) ini bila kita buat DNA baru kita tahu ada terlebih atau tidak (mangsa). Buat masa ini (setakat semalam), kita anggap dia seorang saja,” katanya lagi.

Loading...
Terkini