comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu e-hailing ditikam remaja berkopiah masih terkejut

Remaja lelaki berusia 13 tahun menikam dada kiri seorang pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, Sungai Petani semalam. Foto tular FB

SUNGAI PETANI: Pemandu e-hailing yang ditikam menggunakan pisau oleh remaja berkopiah dalam kenderaan dipandunya semalam, masih terkejut dengan kejadian yang tular itu.

Anak pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu ketika dihubungi memberitahu bapanya enggan menemui sesiapa.

Ditanya sama ada mangsa trauma, katanya, bapanya itu okay, tetapi mahu berehat dan enggan berjumpa sesiapa.

“Buat masa sekarang bapa saya hendak rehat dulu dan tidak mahu berjumpa sesiapa….dia serahkan kepada pihak polis (untuk menyiasat) berhubung kejadian semalam.

“Bapa saya pun ok saja dan dia bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang enggan namanya didedahkan.

Dalam kejadian semalam, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak di luar kawalan apabila menikam pisau pada dada kiri pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.43 petang itu, mangsa sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri, sebelum suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan remaja lelaki itu ditahan jam 10 malam tadi susulan laporan polis dibuat mangsa.

Dia kini direman sehari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini