comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pemandu e-hailing disyaki  serang warga China ditahan

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Pemandu e-hailing disyaki menyerang dan membelasah penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) warga China di perkarangan sebuah hotel di sini ditahan polis, malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek lelaki terbabit mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 32 tahun berasal dari Lorong Kubang Buaya, di sini ditahan kira-kira jam 7: 15 malam tadi.

Menurutnya, polis turut merampas kerusi lipat dipercayai digunakan suspek ketika menyerang mangsa.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek mengaku terbabit dengan kejadian menyerang mangsa iaitu wanita warga China berusia 22 tahun itu.

“Suspek ditahan malam tadi sejurus datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Suspek dikategorikan sebagai OKU dan pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

“Berdasarkan siasatan awal suspek mengaku memukul mangsa kerana berang cara wanita terbabit menutup pintu kereta dengan kuat.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan semakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Sesyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6:20 petang, Ahad lalu, mangsa dikenali, Yuan, 22,  mendakwa cedera akibat diserang pemandu e-hailing.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dan seorang rakannya menggunakan perkhidmatan e-hailing dari Menara 188 ke hotel ketika mereka bercuti di Kuantan.

Sejurus tiba di hotel terbabit, pemandu e-hailing terbabit didakwa menyerang mangsa dan menyebabkan wanita terbabit retak jari tangan kanan dan lebam di tangan serta muka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini