PAGOH: Seorang pemandu cedera selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain sebelum terbakar di jalan kampung Paya Panjang, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.12 pagi membabitkan kenderaan jenis Proton X70 dan Volkswagen.
Pemandu Volkswagen, 23, cedera di bahagian muka manakala pemandu Proton X-70 yang berusia 40an tidak cedera.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian turut menyebabkan kereta Volkswagen terbakar 90 peratus.
Api dipadamkan 5 anggota dari Balai Bomba Muar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK II), Misholi Fadhil Mohammad.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM).
Punca kemalangan dan jumlah kerugian masih disiasat.