
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya merempuh tembok hadapan Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 2.45 petang itu, mangsa berusia 38 tahun mengalami luka di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian membabitkan Toyota Vios melanggar tembok hadapan balai berkenaan sehingga menyebabkan ia roboh.
“Kejadian berpunca daripada kegagalan pemandu berusia 38 tahun itu mengawal kenderaannya. Dia yang luka di kepala masih mendapat rawatan di hospital.
“Pegawai penyiasat juga masih di hospital bagi mendapatkan laporan lengkap mangsa dan sebarang perkembangan lanjut kes akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.