Tumpuan :
Nasional

Pemandu BMW serah diri selepas langgar lari

BUTTERWORTH: Pemandu kereta BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam pada Khamis lalu, menyerah diri, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata pemandu lelaki berusia 28 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Cawangan Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, polis mengesan pemandu kenderaan berkenaan selepas tular rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta di media sosial memaparkan insiden langgar lari berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan penunggang motosikal terjatuh ke jalan selepas dilanggar kereta BMW putih yang kemudian melarikan diri.

Difahamkan, wanita terbabit cedera di bahagian kaki dan rahang serta memerlukan beberapa jahitan susulan insiden berkenaan.

Loading...
Terkini