comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu bas persiaran terbabit kemalangan Jalan Genting Highlands didakwa esok

Pemandu bas persiaran terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan dua kematian di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands Sabtu lalu akan dituduh di Mahkamah di sini esok.

BENTONG: Pemandu bas persiaran terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan dua kematian di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah di sini esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata lelaki berusia 32 tahun itu akan dituduh jam 9 pagi esok atas dua pertuduhan.

“Pertuduhan pertama ke atas suspek mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (kemalangan sehingga menyebabkan kematian dan Seksyen 26 (1) Akta sama kerana tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, dua pelancong warga China maut selepas bas dinaiki mereka terbabit kemalangan di KM 16.5 Jalan Genting Highlands, di sini.

Zaiham dilapor berkata, siasatan awal dilakukan mendapati seramai 21 individu terbabit dalam kemalangan itu.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 18 penumpang warga asing serta tiga warga tempatan iaitu masing-masing seorang pemandu bas, pembantu dan pemandu pelancong.

Katanya, semakan dilakukan terhadap pemandu bas berkenaan mendapati terdapat 27 saman lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini