comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu bas maut rempuh belakang lori

Pemandu bas ekspres maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, awal pagi tadi. FOTO: NSTP / Ihsan Bomba

KULAI: Gagal memperlahankan bas ekspres yang dipandu ketika trafik perlahan di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara Selatan di sini menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan tiga kenderaan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, berkata kemalangan lebih kurang jam 2.30 pagi itu turut menyebabkan 11 penumpang bas dan seorang pemandu lori cedera.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca semasa pemandu bas berusia 48 tahun, dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru (arah selatan).

“Sewaktu lalu lintas bergerak perlahan, pemandu bas terbabit dipercayai tidak sempat memperlahankan kenderaan dan terlanggar bahagian belakang lori Nissan.

“Akibat pelanggaran itu, lori itu bergerak ke hadapan dan terlanggar bahagian belakang lori Scania.

“Kemalangan menyebabkan pemandu bas cedera parah di seluruh bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Enam penumpang bas menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, manakala enam mangsa lagi dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Tan, pemandu bas terbabit mempunyai sebanyak 13 rekod saman lampau pelbagai kesalahan.

Kes disiasat dibawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini